Tuesday 25 August 2015

Petua Turunkan Suhu Demam dengan Basic H

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w

Catatan Rabu, 11 Jun 2014; Jam 10 malam.

PUNCA DEMAM PANAS

Fatih jatuh semalam. Malam ini dia terus demam. Suhunya tinggi. Panas seluruh badan termasuk kaki dan tangannya. Kalau nak kata salah urat, biasanya kaki dan tangan sejuk.

Saya dah naik risau sebab sekotak Nutriferon Shaklee kami ada pada kawan. Paracetamol ada dalam peti ais, memang standby. Tapi kalau boleh memang tak mahu berikan kepada Fatih dulu. Lagipun, memang bersilat kalau nak masukkan ubat ke dalam mulutnya.

Voren (ubat masuk punggung), habis. Termometer pula hilang. Tak dapat nak sukat suhu. Saya tahu, suhunya tinggi ni sebab muka dan pipinya merah. Senyum saja lah saat ini (positif2!).

PENYELESAIAN


Biasanya memang saya mandikan Fatih sahaja untuk turunkan suhu. Lepas tu jerlum dengan air asam jawa. Tapi kalau jerlum air dengan asam jawa, berkali-kali kena buat. Kali ini, saya cuba petua daripada kawan; mandikan anak dengan 2 titik Basic H.

Masa itu, saya sedang meeting online. Saya sediakan air mandi, sebaldi air dan titikkan 2 titik Basic H. Kacau-kacau dan panggil suami.

Suami mandikan Fatih. Fatih merengek panas. Lepas mandi, Fatih minta tengok kartun... Layankan aja... Kepala masih ada tuala diletak kepadanya. Kami hanya biarkan Fatih dengan lampin, dan tutupkan dadanya dengan baju sahaja. Malam ini kami tidur berkipas di ruang tamu.

Saya stay up sekejap. Usahakan untuk kawal suhu. Nampaknya suhunya terus turun. Saya tidur-tidur ayam. Keesokkan paginya, badan Fatih masih dedar. Saya mandikan dengan air biasa. Alhamdulillah, panas semalam dah hilang.

Anak-anak jatuh atau sangat penat boleh jadikan demam. Allah nak bagi anak rehat... Mak kena sentiasa positif. InsyaAllah. Dan yakin apa bentuk bantuan pun, datangg daripada Allah.



Yang benar,
MummYaqeen

2 comments:

  1. Moga baik2 aje Fatih.. Makan vitamin C banyak-banyak.

    http://www.natrahmohamed.com

    ReplyDelete
  2. saya suka cara yang lebih natural, tapi tips ni memang menarik

    ReplyDelete