Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
Catatan Rabu, 11 Jun 2014; Jam 10 malam.
PUNCA DEMAM PANAS
Fatih jatuh semalam. Malam ini dia terus demam. Suhunya
tinggi. Panas seluruh badan termasuk kaki dan tangannya. Kalau nak kata salah
urat, biasanya kaki dan tangan sejuk.
Saya dah naik risau sebab sekotak Nutriferon Shaklee kami
ada pada kawan. Paracetamol ada dalam peti ais, memang standby. Tapi kalau
boleh memang tak mahu berikan kepada Fatih dulu. Lagipun, memang bersilat kalau
nak masukkan ubat ke dalam mulutnya.
Voren (ubat masuk punggung), habis. Termometer pula hilang.
Tak dapat nak sukat suhu. Saya tahu, suhunya tinggi ni sebab muka dan pipinya
merah. Senyum saja lah saat ini (positif2!).
PENYELESAIAN
Biasanya memang saya mandikan Fatih sahaja untuk turunkan
suhu. Lepas tu jerlum dengan air asam jawa. Tapi kalau jerlum air dengan asam
jawa, berkali-kali kena buat. Kali ini, saya cuba petua daripada kawan;
mandikan anak dengan 2 titik Basic H.
Masa itu, saya sedang meeting online. Saya sediakan air
mandi, sebaldi air dan titikkan 2 titik Basic H. Kacau-kacau dan panggil suami.
Suami mandikan Fatih. Fatih merengek panas. Lepas mandi,
Fatih minta tengok kartun... Layankan aja... Kepala masih ada tuala diletak
kepadanya. Kami hanya biarkan Fatih dengan lampin, dan tutupkan dadanya dengan
baju sahaja. Malam ini kami tidur berkipas di ruang tamu.
Saya stay up sekejap. Usahakan untuk kawal suhu. Nampaknya
suhunya terus turun. Saya tidur-tidur ayam. Keesokkan paginya, badan Fatih
masih dedar. Saya mandikan dengan air biasa. Alhamdulillah, panas semalam dah
hilang.
Anak-anak jatuh atau sangat penat boleh jadikan demam. Allah
nak bagi anak rehat... Mak kena sentiasa positif. InsyaAllah. Dan yakin apa
bentuk bantuan pun, datangg daripada Allah.
Yang benar,
MummYaqeen