Thursday 27 August 2015

Shaklee dan Pilis

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Menjemput rezeki pada awal pagi. Saya didatangi customer (via whatsapp) seawal 7.30 pagi. Beliau hamil 8 bulan, uri bawah, dan sebelum ini kemalangan ketika hamil.

Beliau bertanya tentang Set Pantang Shaklee selepas pembedahan. Dalam konsultansi, saya suka dengan satu soalannya. 

"Set Shaklee ada pilis sekali?"

Tak pernah terfikir soalan tu. Kalau ada, memang syok. Tapi, "Tiada" jawapan saya. Pilis beli asing di kedai lain. Shaklee jual khusus keperluan vitamin dan makanan tambahan sebagai alternatif bantu kesihatan.

                                       

Semoga sahabat saya yang sudah duduk jauh di Penang dari kampung halaman disihatkan sehingga bersalin.

Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia,
Yaqeen Ahmad
013-7593200

Tuesday 25 August 2015

Petua Turunkan Suhu Demam dengan Basic H

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w

Catatan Rabu, 11 Jun 2014; Jam 10 malam.

PUNCA DEMAM PANAS

Fatih jatuh semalam. Malam ini dia terus demam. Suhunya tinggi. Panas seluruh badan termasuk kaki dan tangannya. Kalau nak kata salah urat, biasanya kaki dan tangan sejuk.

Saya dah naik risau sebab sekotak Nutriferon Shaklee kami ada pada kawan. Paracetamol ada dalam peti ais, memang standby. Tapi kalau boleh memang tak mahu berikan kepada Fatih dulu. Lagipun, memang bersilat kalau nak masukkan ubat ke dalam mulutnya.

Voren (ubat masuk punggung), habis. Termometer pula hilang. Tak dapat nak sukat suhu. Saya tahu, suhunya tinggi ni sebab muka dan pipinya merah. Senyum saja lah saat ini (positif2!).

PENYELESAIAN


Biasanya memang saya mandikan Fatih sahaja untuk turunkan suhu. Lepas tu jerlum dengan air asam jawa. Tapi kalau jerlum air dengan asam jawa, berkali-kali kena buat. Kali ini, saya cuba petua daripada kawan; mandikan anak dengan 2 titik Basic H.

Masa itu, saya sedang meeting online. Saya sediakan air mandi, sebaldi air dan titikkan 2 titik Basic H. Kacau-kacau dan panggil suami.

Suami mandikan Fatih. Fatih merengek panas. Lepas mandi, Fatih minta tengok kartun... Layankan aja... Kepala masih ada tuala diletak kepadanya. Kami hanya biarkan Fatih dengan lampin, dan tutupkan dadanya dengan baju sahaja. Malam ini kami tidur berkipas di ruang tamu.

Saya stay up sekejap. Usahakan untuk kawal suhu. Nampaknya suhunya terus turun. Saya tidur-tidur ayam. Keesokkan paginya, badan Fatih masih dedar. Saya mandikan dengan air biasa. Alhamdulillah, panas semalam dah hilang.

Anak-anak jatuh atau sangat penat boleh jadikan demam. Allah nak bagi anak rehat... Mak kena sentiasa positif. InsyaAllah. Dan yakin apa bentuk bantuan pun, datangg daripada Allah.



Yang benar,
MummYaqeen

Monday 24 August 2015

Set Sendi Shaklee

Kami kongsikan di sini; produk-produk yang berada dalam Set Sendi, ada tiga; 

1. Advanced Joint Health Tablet (AJHT)

2. Omega Guard

3. Ostematrix.

Sakit sendi berpunca daripada rheumatoid, arthritis, atau osteoarthritis.

SET SENDI membantu:

✔ Memberi sokongan nutrisi pada kolagen dan komponen penting penghubung tisu lain yang memberi kekuatan dan struktur untuk sendi.
✔ Membantu mengekalkan tulang yang kuat
✔ Membantu melegakan sakit sendi dan inflamasi terhadap sendi.

Entri Pertama

Assalamualaikum semua!

Saja nak beri salam. Nak beritahu, ini entri pertama MummYaqeen (^_^)v.

Kelas Asas Blog, 25 Ogos 2015 10.49, FaizWorldTraining Centre, Bangi.